Untuk
makluman saya (ramli) dan abang sulong saya (Zulkifli) berayah Shabudin bin
Hassan dan beribu Jamilah. Ayah dan ibu bertemu jodoh pada tahun 1955 namun
kerana jodoh tidak berpanjangan maka ayah dan ibu tinggal berasingan dan
memulakan penghidupan sendiri semenjak tahun 1960. Saya dan abang saya
dibesarkan dibawah Ayah tiri.
Allahyarham ayah saya juga mempunyai saudara tua yang bernama Kamaruddin (meninggal, pesara guru)
yang berkahwin dengan seorang keturunan Sharifah dan tinggal di Kluang, Johor. Kami
adikberadik tidak menerima maklumat dan berita perkembangan ayah kecuali dari
bapa saudara ayah (kamaruddin) yang masa itu bertugas selaku Guru Besar SK
Kluang, Johor. Allahyarham Shabudin Hassan dikatakan asal dari Kampong
Pelangai, Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan membuat pelbagai tugas semasa
hayatnya termasuk pernah bekerja sebagai Pengawal Keselamatan swasta sebelum kembali menghadap illahi pada lewat tahun 1990an.
Allahyarham
pernah berumahtangga beberapa kali dan akhir sekali menetap di Johor Bahru dan
mempunyai keluarga sendiri. Salah seorang anaknya
pernah berumahtangga dengan seorang anggota polis yang bertugas di Batu Pahat
pada lewat tahun 1980an.
Semasa
saya melanjutkan pengajian di UKM (1980-1984) saya dimaklumkan oleh penyelia
asrama Kamsis D (UKM) pada tahun 1984 yang beliau ada pertalian kekeluargaan
dengan Allahyarham Kamaruddin tetapi beliau telah bersara dari perkhidmatan di
UKM dan tidak ketahui dimana lokasi terakhir beliau tinggal. Dari beliau saya
berjaya berhubung dengan seorang saudara tua di Kampong Pelangai dan beliau
menerangkan sejelasnya termasuk lampirkan sesalinan salasilah keturunan
Allahyarham Shabudin Hassan dan keluarga besar di Kampong Pelangai (dikatakan dari suku Batu Hampar)... tetapi
sayang sekali salasilah itu hilang semasa perpindahan balik kampong setelah
tamat pengajian di UKM ( Jun 1984).
Pada
Ogos 1985, saya sempat berjumpa dengan penyelia asrama berkenaan tetapi terlupa
mengambil alamat terakhir kediaman beliau di Bangi, Selangor. Rasa kesal di
dalam hati memandangkan beliau satu satu nya sumber maklumat pertalian kekeluargaan
yang boleh dirujuk. Dengan izin illahi dan restunya, pada tahun 1986 saya diberi kesempatan berumahtangga dan bekeluarga. Keadaan demikian, hati saya semakin terusik bila mengenangkan anak anak saya membesar tanpa mereka mengetahui bahawa mereka sebenar masih lagi mempunyai keluarga yang ramai jikalau ada keturunan Allahyarham tampil kehadapan untuk sama sama berkongsi salasilah keturunan yang sedia ada.
Memandangkan
maklumat saya memiliki ini adalah terhad dan kabur maka hebahan pencarian
saudara melalui Blog ini diteruskan sebagai alternatif mengesan jejak saudara
yang ada pertalian darah untuk kebaikan anak cucu Allahyarham dimasa hadapan.
Sila email saya di ramlijr2015@gmail.com berupa no phone atau foto bersama allahyarham atau dokumen bersesuaian
untuk semakan pertalian saudara untuk kebaikan bersama.

