Thursday, October 1, 2015

.

Untuk makluman saya (ramli) dan abang sulong saya (Zulkifli) berayah Shabudin bin Hassan dan beribu Jamilah. Ayah dan ibu bertemu jodoh pada tahun 1955 namun kerana jodoh tidak berpanjangan maka ayah dan ibu tinggal berasingan dan memulakan penghidupan sendiri semenjak tahun 1960. Saya dan abang saya dibesarkan dibawah Ayah tiri.

Allahyarham ayah saya juga mempunyai saudara tua yang bernama Kamaruddin (meninggal, pesara guru) yang berkahwin dengan seorang keturunan Sharifah dan tinggal di Kluang, Johor. Kami adikberadik tidak menerima maklumat dan berita perkembangan ayah kecuali dari bapa saudara ayah (kamaruddin) yang masa itu bertugas selaku Guru Besar SK Kluang, Johor. Allahyarham Shabudin Hassan dikatakan asal dari Kampong Pelangai, Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan membuat pelbagai tugas semasa hayatnya termasuk pernah bekerja sebagai Pengawal Keselamatan swasta sebelum kembali menghadap illahi pada lewat tahun 1990an.

Allahyarham pernah berumahtangga beberapa kali dan akhir sekali menetap di Johor Bahru dan mempunyai keluarga sendiri. Salah seorang anaknya pernah berumahtangga dengan seorang anggota polis yang bertugas di Batu Pahat pada lewat tahun 1980an.

Semasa saya melanjutkan pengajian di UKM (1980-1984) saya dimaklumkan oleh penyelia asrama Kamsis D (UKM) pada tahun 1984 yang beliau ada pertalian kekeluargaan dengan Allahyarham Kamaruddin tetapi beliau telah bersara dari perkhidmatan di UKM dan tidak ketahui dimana lokasi terakhir beliau tinggal. Dari beliau saya berjaya berhubung dengan seorang saudara tua di Kampong Pelangai dan beliau menerangkan sejelasnya termasuk lampirkan sesalinan salasilah keturunan Allahyarham Shabudin Hassan dan keluarga besar di Kampong Pelangai (dikatakan dari suku Batu Hampar)... tetapi sayang sekali salasilah itu hilang semasa perpindahan balik kampong setelah tamat pengajian di UKM ( Jun 1984).

Pada Ogos 1985, saya sempat berjumpa dengan penyelia asrama berkenaan tetapi terlupa mengambil alamat terakhir kediaman beliau di Bangi, Selangor. Rasa kesal di dalam hati memandangkan beliau satu satu nya sumber maklumat pertalian kekeluargaan yang boleh dirujuk. Dengan izin illahi dan restunya, pada tahun 1986 saya diberi kesempatan berumahtangga dan bekeluarga. Keadaan demikian, hati saya semakin terusik bila mengenangkan anak anak saya membesar tanpa mereka mengetahui bahawa mereka sebenar masih lagi mempunyai keluarga yang ramai jikalau ada keturunan Allahyarham tampil kehadapan untuk sama sama berkongsi salasilah keturunan yang sedia ada.


Memandangkan maklumat saya memiliki ini adalah terhad dan kabur maka hebahan pencarian saudara melalui Blog ini diteruskan sebagai alternatif mengesan jejak saudara yang ada pertalian darah untuk kebaikan anak cucu Allahyarham dimasa hadapan. Sila email saya di ramlijr2015@gmail.com berupa no phone atau foto bersama allahyarham atau dokumen bersesuaian untuk semakan pertalian saudara untuk kebaikan bersama.

No comments:

Post a Comment